Posted December 10th, 2009

Merupakan Susu Terbaik Selepas Susu Ibu & Susu Kambing Juga Lebih Tinggi Manfaat Berbanding Susu Lembu!


abooain_3pngSusu Kambing, ramai yang fobia dengan susu kambing kerana baunya yang hamis dan persepsi negatif yang mengatakan susu kambing panas dan boleh menyebabkan darah tinggi! Kebiasaannya masyarakat lebih sinonim dengan susu lembu sedangkan dari sudut ilmiah susu kambing lebih khasiat dan tinggi manfaatnya berbanding dengan susu lembu. Kenapa? Mungkin disebabkan oleh beberapa faktor negatif yang menyebabkan susu kambing di pandang sepi oleh kita.

Cuba kita perhatikan beberapa fakta, antaranya ialah susu kambing lebih mudah untuk dihadamkan semasa proses penghadaman berbanding susu-susu jenis lain (melainkan susu ibu) kerana molekulnya yang lebih kecil! Manakalah tanggapan masyarakat yang mengatakan susu kambing penyebab darah tinggi kerana sifatnya yang panas adalah TIDAK BENAR sama sekali! Fakta kajian mengatakan bahawa susu kambing sebenarnya berfungsi sebagai penstabil tekanan darah, jantung dan sebagainya. Ini adalah fakta bukan auta!

Di antara fakta lain lagi : Susu kambing juga mengandungi kandungan GIZI lengkap dan amat baik untuk kesihatan kerana ia TIDAK mengandungi BETA-LACTOGLOBULIN iaitu faktor penyebab kepada penyakit-penyakit seperti ATHMA, masalah penafasan, radang telinga, infeksi kulit, gangguan saluran pencernaan. Susu kambing juga mempunyai tindak balas ALKALI yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah ASID terlalu banyak dalam perut dengan cara menipiskan ASID HIDROKLORIK perut dan melindungi MEMBRAN MUKUS di permukaan lapisan perut dari rosak.

Susu Kambing vs Susu Lembu!

Menurut kajian, susu kambing mempunyai khasiat dan manfaat yang lebih tinggi dari susu lembu. Faktor-faktor ini sebenarnya tidak ramai diketahui umum kerana kurangnya pendedahan sedangkan ia merupakan minuman para nabi dan bijakpandai dahulu kala termasuk bangsa YAHUDI! Kita perhatikan beberapa kelebihan yang terdapat pada susu kambing ini :

Fakta Kajian

Tidak mengandungi PROTEIN KOMPLEKS (Alpha-Casein & Beta-Casein Protein) – penyebab utama kepada alahan.

Kandungan GIZI dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu :

>> Protein 2.1 kali ganda
>> Zat Besi 2.- kali ganda
>>Vitamin A 3.8 kali ganda
>> Kalsium 2.2 kali ganda
>> Potassium 2.1 kali ganda
>> Garam Galian 2.0 kali ganda
>> Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

Kandungan ASID LEMAK RANTAIAN PENDEK dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu. MOLEKUL LEMAK dalam susu kambing lebih halus dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding sus lembu yang memerlukan 2 jam sama seperti susu ibu pH susu kambing berALKALI berbanding susu lembu yang ASIDIK.

hr

NABI ADAM a.s

Bermulanya Human Civilization(tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan haiwan pertama di dunia

NABI IBRAHIM a.s

Merupakan penternak kambing yang agung memiliki 12,000 ekor anjing penjaga kambing-kambing baginda. Seekor anjing mewakili 100 ekor kambing dan setiap ekor anjing dipakaikan rantai emas. Berlaku peristiwa sedekah kambing yang terbesar di dalam sejarah.

NABI ISA a.s

Merupakan salah seorang Nabi yang menternak kambing. Bani Israel atau Yahudi mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini dan bangsa Yahudi dikenali sebagai bangsa yang cerdik.

NABI MUHAMMAD s.a.w

Juga merupakan penternak kambing pada usia remaja baginda. Susu kambing merupakan salah dari minuman rutin baginda yang diminum segar yakni diminu terus selepas perah dari kambing.

ISRAK & MIKRAJ

Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh malaikat Jibril a.s iaitu Arak, Madu dan susu.

Sumber Nutrien Susu Kambing :

Tenaga, Protein, Lemak, Karbohidrat, Gula, Kalsium, Zat Besi, Vitamin A, Vitamin B I, Vitamin B 2, Vitamin C, Vitamin D, VItamin B12, Asid Folik, Inositol, Sodium, Potassium, Selenium

Kelebihan Susu Kambing :

>> Susu terbaik selepas susu Ibu
>> Tidak menyebabkan alahan
>> Kuatkan Sistem Imunisasi
>> Bersifat Alkali
>> Tingkatkan daya kepekaan
>> Tumpuan dan Ingatan
>> Lancarkan sistem penghadaman dan usus
>> Membantu mengubati Kanser
>> Demam kuning, Gastrik, Ulser
>> Asma, penyakit kulit, sukar tidur
>> Membantu merawat senggugut
>> Darah tinggi dan lemah jantung
>> Kencing manis, batuk kering, Gout
>> Mengimbangi Gula dalam darah kolestrol
>> Menguatkan Jisim tubuh yang sihatĀ  (tulang, gigi, otot, kulit & tisu saraf)
>> Tidak sebabkan kahak
>> Memulihkan tenaga batin
>> Awet muda

Picture2

Gabungan kalsium & Phosporos = Calciumphosphate – komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

>> Kandungan kalsium & phosporos dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.

>> Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain :-

>> Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
>> Membolehkan pengumpalan darah
>> Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
>> Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
>> Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
>> Mengawal degupan jantung
>> Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
>> Menyingkirkan toksin dalam kolon
>> Menurunkan tekanan darah
>> Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
>> Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan

Picture1

SUSU TERBAIK SELEPAS SUSU IBU

>> (21 grams X 15 Sachets)
>> Tidak menyebabkan alahan Membantu sistem imunisasi tubuh
>> Bersifat alkali
>> Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
>> Membantu sistem penghadaman
>> Menguatkan jisim tubuh (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
>> Imbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
>> Tingkatkan tenaga batin
>> Sesuai untuk awet muda

HIGOAT – Susu Kambing Segera

Disebabkan khasiat dan kandungannya yang sungguh tinggi dan menakjubkan tersebut maka HR Marketing telah mengambil inisiatif untuk memperkembangkan amalan meminum susu kambing di dalam kalangan masyarakat. Mungkin tidak semua orang akan dapat meminum susu kambing segar kerana beberapa faktor termasuk baunya. Insya-Allah, dengan Susu Kambing Hi-Goat ini saya yakin anda dapat meminumnya malah boleh berubah menjadi pengamal susu kambing aktif.

hg

Kenapa Susu Kambing HI-GOAT Istimewa?

  • Pertama di pasaran
  • Rasanya enak
  • Penyediaannya yang mudah dan segera
  • Sesuai untuk semua lapisan umur
  • Tidak berbau hamis
  • Tanpa gula
  • Tiada bahan pengawet atau pewarna
  • Tiada bahan tambahan

Kenapa Susu Kambing Hi-Goat istimewa?

  • Tidak menyebabkan alahan
  • Tidak berbau
  • Tidak menyebabkan kahak.
  • Kandungan lemak yang rendah

Kenapa Saya Mengambil Keputusan Untuk Memilih Susu Kambing Hi-Goat ini?!

Pertama kali saya diperkenalkan dengan susu kambing ini saya beranggapan ianya tidak lebih dari cubaan syarikat yang mencari keuntungan di sebalik sistem MLM yang tidak mementingkan khasiat produk. Namun disebabkan syarikat ini cuba mem’popular’kan minuman Sunnah yang mana masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui khasiatnya maka saya mengambil keputusan untuk mencuba sendiri dengan membeli pek Keahlian Keluarga Sihat yang bernilai RM220 yang mengandungi 4 kotak susu, 2 kotak kopi Spyhru dan 3 botol tablet susu kambing.

Isteri saya sendiri telah mencubanya (isteri saya amat cerewet dari sudut ubat-ubatan) dan beliau mempunyai beberapa penyakit seperti masalah penghadaman dan mudah letih. Alhamdulilah, selepas beliau mengamalkannya sebanyak 2 kotak, penyakit beliau yang sekian lama menghantuinya telah beransur hilang dengan izin Allah s.w.t dan ia kini tidak mudah letih. Saya juga telah memberikan kepada ibu saya yang agak sukar hendak tidur dan selepas mengamalkannya, ibu saya mengakui tidurnya kini lebih nyenyak dan mudah. Kini ibu saya pula giat mempromosikan susu yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w ini kepada rakan-rakan dan sanak saudaranya.

Saya semakin bersemangat untuk mempromosikan susu ini apabila ramai yang mendapatkan susu ini kali pertama akan datang semula untuk membelinya buat kali yang seterusnya. Alhamdulillah, kerana khasiat susu kambing ini semakin diketahui ramai dan ia sememangnya amat bersesuaian dengan tubuh manusia berbanding susu lembu.

Semangat saya semakin bertambah-tambah apabila melihat ia mampu memberikan ‘pulangan’ yang selesa dengan plan marketing yang ‘friendly’ dan mudah. Akhirnya saya berjaya menjadi Ruby Manager dalam masa 1 minggu saja! Alhamdulillah!

Namun objektif utama saya ialah untuk memperkenalkan SUSU KAMBING yang berkhasiat ini kepada orang ramai agar ia menjadi amalan utama masyarakat kita. Saya amat mengesyorkan agar anda mencubanya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tanggapan negatif kerana saya telah berjumpa dengan ramai orang yang enggan mencubanya dengan pelbagai alasan tetapi akhirnya berubah setelah meminumnya buat kali pertama dan menjadikannya sebagai minuman utama mereka malah berubah menjadi pengedar pula!

1e

1f

Susu Kambing Hi-Goat bukan sahaja merupakan minuman kesihatan untuk sekeluarga malah ia juga mampu memberikan pulangan yang menguntungkan anda……

HI-Goat Bukan Sekadar Minuman Kesihatan Malah Anda Juga Mampu Menjana Pendapatan Dengan Susu Kambing Ini! Bagaimana?

Pihak HR Marketing turut menyediakan platfom bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan dengan menjualnya. Pihak HR Marketing telah menyediakan Plan Marketing yang mudah dan menguntungkan. Jika anda berminat untuk menjadi pengedar atau stokis, satu plan disediakan untuk anda! Ia mudah dan memberikan ‘Income’ yang selesa untuk anda setiap bulan.

Anda juga diberikan peluang untuk menjana wang dengan menjual Susu Kambing dengan secara serius dengan menjadi Stokis atau pengedar di tempat anda. Anda mendapatkan pelbagai ganjaran bermula dari untung runcit, bonus, insentif RM1000, Tabung Pelancongan dan sebagainya. Anda boleh rujuk ruangan PLAN PEMASARAN

Namun jika anda berminat untuk mendapakan Susu Kambing Hi-Goat ini sama ada sekotak atau mana-mana pakej yang dikehendaki anda tidak perlu bimbang kerana kami menyediakannya untuk anda.

susu_kambing_01addtocart02

Continue Reading Article